Tuesday, 7 July 2015

UMUR NAK MASUK 5KUPANG MASIH NAK BERNIAGA?


:

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog

Alhamdulilah hari ini kita telah berada di 18 Ramadhan 1435H..Diam tak diam masa begitu pantas berlalu.

Tahniah kepada usahawan yang terus istiqamah melakukan perniagaan masing-masing.Semoga perniagaan yang kita lakukan ini mendapat keberkatan dan kerahmatan sang pencipta.Biar untungnya kecil namun berkat dan berkekalan

Masih LAYAKKAH dah berumur untuk berniaga?

Teringat saya pada En Shubhi dalam blog Hidupringkas.com.,nak jadi usahawan tak kira umur muda ke tua ke,cantik ke hodoh ke,ada 'degre' atau sijil SRP ke,gemuk ke kurus ke,tak kisah semua tu yang penting 'MAHU'

Kalau ada bergulung-gulung ijazah pun kalau TAK MAHU,tak jadi gak.Bila kita mahu kita akan sedaya upaya untuk berusaha..ibarat kita nak kahwin,pasti kita akan berusaha untuk mendapatkan pasangan kita seterusnya mendirikam rumahtangga.

Jadi saya menyeru semua rakan-rakan yang dah berusia macam saya jangan jadikan umur sebagai alasan untuk TIDAK BERJAYA.Mungkin Allah belum nak bagi kejayaan semasa muda dulu dan mungkin dia nak bagi kejayaan di ketika ini.wallahualam.

Dan yang paling penting dalam kita sibuk berniaga ni kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.

No comments:

Post a Comment